Sabtu, 09 Oktober 2010
Ayah Kaya, Ayah Miskin (Rich Dad,Poor Dad)
Buku ini mengisahkan tentang penulis dan dua orang ayahnya; seorang merupakan ayah kandungnya, "poor dad", manakala seorang lagi, "rich dad", ayah kepada rakan sebayanya,Mike, sewaktu kecil. Kedua-dua ayah ini mengajar penulis bagaimana hendak berjaya melalui dua pendekatan yang berbeda. Dari dua pendekatan ini, penulis akhirnya merumuskan yang mana satukah yang membawa kejayaan di dalam aspek kewangan. Penulis membandingkan prinsip, idea, amalan kewangan dan daya saing serta bagaimana ayah kandungnya, "poor dad", seorang yang berpendidikan, berlumba dengan "rich dad" dari sudut pengumpulan harta kekayaan dan perniagaan. Penulis berpendapat bahawa "poor dad" adalah mereka yang bagaikan terperangkap di dalam Perlumbaan Tikus ("Rat Race"); maksudnya mereka terperangkap di dalam kitaran yang sampai bila-bilapun tidak akan membawa kepada kejayaan, kerana kejahilan terhadap pengetahuan kewangan. Mereka menghabiskan banyak masa di sekolah dengan mempelajari bagaimana menyelesaikan permasalahan dunia tetapi mereka tidak tahu apa-apa langsung tentang wang kerana hal ini tidak pernah diajar di sekolah.Sebaliknya "Rich Dad", digambarkan sebagai mereka yang arif tentang bagaimana mengambil peluang di dalam perniagaan, pengurusan cukai dan perakaunan. Mereka ini berjaya kerana mereka tahu memanfaatkan peluang-peluang yang ada.Buku ini membawa dua konsep utama; iaitu sikap 'boleh melakukan' dan semangat 'keusahawanan kental'. Antara lain buku ini mengetengahkan : 1)Pengetahuan kewangan, 2)Penguasaan perniagaan, 3)Pengendalian perniagaan, 4)Tidak malas, tahan sindiran dan kebal dari sikap-sikap negatif yang lain.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar